Saturday, December 20, 2008

HANYA PARTI SABAHAN YANG BOLEH TUKAR KERAJAAN SABAH

Tinjauan mendapati rakyat sabah mau tukar kerajaan (pemimpin) tapi masih menunggu parti yang lahir di Sabah. Kajian juga mendapati pengaruh Pakatan Rkyat memang semakin kuat tapi tidak akan cukup kuat untuk menumbangkan BN Sabah. Banyak kelemahan dalam jentera PKR Sabah. Saya tidaklah jelaskan kelemahan itu kerana saya tidak setuju Pakatan Rakyat masuk Sabah sebagaimana saya tidak setuju mana-mana parti luar ikut campur dan kemudiannya "remote" negeri ini. Sebagai pengundi, sekiranya ada parti kelahiran Sabah yang kukuh dan jelas visi mis perjuangannya dan dipimpin pula oleh insan yang boleh disandarkan harapan, SAYA PASTI UNDI. Selagi belum ada lebih baik saya KEKAL DALAM BN SABAH. Tapi kalau BN Sabah masih tampilkan calon yang tidak membawa makna kepada BANDAU , saya akan fikir semula keputusan ini. ANDA BAGAIMANA???

Sunday, December 7, 2008

PAKATAN RAKYAT BIKIN ROSAK SABAH SAJA!

Kalau rakyat sabah benar-benar matang, celik akal, bijak dan bermaruah, kenapa mesti buka pintu lagi kepada Pakatan Rakyat? Belum cukupkah kita kena gara-gara buka pintu kepada UMNO? last-last MCM, MIC, PPP pun masuk. Belum cukup banyakkah parti di Sabah ini? - PBS, UPKO, PDS, PBRS, SAPP dan macm-macam lagi.

Buduh atau "lagak" mau pangkat dan projek? Kalau sajalah, kalaupun mau kasi tumbang, biarlah tukang tumbangnya parti tempatan. Kalau belum ada parti tempatan yang unggul buat masa ini, buatlah bah! Rukut-rukut bikin. Rukut-rukut sokong. Baru ada visi dan misi namanya. Sekadar tumpang perahu orang seberang, taik kucing lah kalau sabah ini maju dalam erti kata sebenar.

Sedarkah kita, jika pakatan rakyat menang di Sabah, berebut lagi PAS, DAP minta kerusi. Last-last tambunan (misalnya) dikuasai DAP. mulau! Jadi pada hemat murai jantan ini, pulaukan parti seberang. Bangunkan parti sendiri. Kalau kita menang, pandai-pandailah kita cari "partner" yang majoriti di semenanjung. Kita bukan anti semenanjung, cuma negeri kita, urusan kita...APA MACAM GENG?...

APA SEBAB ANITA BARANTING MENANG DI N5 TANDEK?

Mula-mula masa pencalonan, ramai rakyat kata kalau PBS calonkan Anita Baranting, pasti kalah, tapi kenapa dia menang juga? Di sini saya mau senaraikn sebab musabab mengapa puan Anita itu boleh menang.

1. Bertanding atas tiket BN/PBS. cuba suruh dia tanding atas tiket bebas misalnya. Saya berani bertaruh dia memang kalah punya. Duit deposit akan lalap. Kalau tidak percaya, suruhlah bertanding tiket selain BN pada PRU ke-13.
2. Lawan Anita Baranting tidak kuat partinya. Rakyat N5 Tandek mahu pembangunan. Harapan mereka tinggi demi anak cucu. Mereka ketika itu masih menaruh harapan BN kasi pembangunan. Mereka terpaksa menolak calon yang lebih baik dari Puan Anita kerana mahu pembangunan itu kononnya.
3. Calon pembangkang brcakaran sesama sendiri. Kaadang-kadang calon ini menghentam calon saingan sampai lupa hentam calon BN. Buduh punya kerja!
4. Ada yang bilang calon Bebas iaitu Andy Wilson ditaja oleh orang dalam PBS. Ada penyokong beliau yang cakap begitu. Siapa yang atur semua ini? Mungkinkah Datuk Maximus? Barangkali jugalah sebab dia memang mahu kerusi N5 Tandek kekal dalam gengamannya. Dia berat hati sebenarnya mau kasi lepas kerusi N5 Tandek tapi terpaksa kerana desakan terlalu kuat. Rakyat tidak mahu dia bolot kerusi ADUN 5 dan kerusi P168 sekaligus. Maklumlah Maximus orang luar.
5. Calon pembangkang tiada persiapan kukuh. Jurin Gunsalam misalnya last minit baru balik kampung mau jadi calon PKR. Sudahlah dia terlampau muda, baru abis universiti, tiada pula gerakan yang rapi. Undi 2000 lebih yang dia dapat itu sebenarnya undi protes rakyat kepada BN dan calon BN, bukan kerana calon PKR gurin gunsalam.
6. Rakyat pilih BN ketika itu kerana melihat tidak ada parti pembangkang yang benar-benar boleh diharap menumbangkan BN. Tidak ada parti pembangkang Sabah yang betul-betul "solid". Parti pembangkang dari semenanjung rakyat Sabah tidak boleh terima.
7. Keyakinan rakyat kepada PKR ketika itu sedikit sahaja, kerana sebelum keputusan pilihanraya diumumkan, PKR hanya ada 1 kerusi.
8. Calon BN banyak guna taktik kotor, antaranya menyuruh kakitangan kerajaan berkempen terang-terangan untuk BN sedangkan menurut etika perkhidmatan awam, kakitangan kerajaan tidak boleh terlibat secara terang-terangan dalam sebarang parti politik. Kakitangan kerajaan inilah yang banyak pengaruh kepada orang kampung yang jahil. Kakitangan kerajaan ini pula adalah mereka yang kuat mengampu YB anita dan Dr Maximus untuk melobi jawatan dan projek. Tengok apa jadi selepas pilihanraya, PBS lantik seorang kakitangan kerajaan sebagai PKR. Guru inilh yang kehulu kehilir pujuk rakyat sokong Anita Baranting dan Maximus Ongkili.
9. Datuk Maximus Ongkili salah guna kuasa menyuruh guru-guru besar mempolitikkan bantuan KWMP (KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN). Ramai ibu-bapa kena "ugut" secara halus khususnya di bukit-bukit. Bukit-bukit jadi tumpuan Dtuk Mximus kerana kawasan inilah yang paling lantang membencinya atas isu tanah-tanah yang termasuk dalam konsesi syarikat Begaraya dimana beliau disyaki mempunyai aset di dalamnya. Sepatutnya isu KWAMP tidak boleh dipolitikkan kerana wang itu datang daripada derma atau amanah syarikat-syrikat besar di Malaysia. Bikin malu betul! Mana ada calon lain berani guna KWAMP untuk pancing undi. Rakyat ditipu hidup-hidup. Siapa suruh, tidak tanya guru-guru yang betul-betul arif dengan bantuan KWAMP. Cakap orang politik yang kuat menipu yang didengar.
10. Rakyat jahil dan keliru untuk menumbangkn kuasa individu yang pintar seperti Maximus Ongkili. Cuba tengok pecahan undi. Kawasan tanah rata dan di pekan-pekan, calon Pembangkang dapat banyak undi melebihi calon BN, tapi di bukit-bukit, BN kontrol sebab penakut dan jahil. Sifat inilah yang digunakan oleh Maximus sebaik-baiknya. Pintar betul manusia ini.

Cukuplah sepuluh sebab ini kenapa calon BN menang di N5 Tandek dan P168 Kota Marudu. Tidak payahlah saya tulis pasal "politik wang". Orang ramai dari dulu sudah tahu. Harap rakyat lebih bijak pada PRU ke-13. Harap-harap ada parti baru Sabah yang benar-benar boleh meyakini rakyat Sabah. Tidak perlulah mengimport parti-parti luar. 2x5 sahaja. Mereka itu otak karut. Memperbodohkan rakyat Sabah. Kepada BN, ingat, pilih calon yang betul-betul rakyat suka, jika tidak anda akan gulung tikar.

Rakyat sekalian, celikkan matamu, jangan diperbodohkan lagi. Jika ragu-ragu tentang sesuatu isu, sila tanya anak-anakmu yang ada sekolah. Jangan dengar cakap orang politik yang banyak bohong dari betul!

JANGAN PERBODOHKAN RAKYAT!!!

Kadang-kadang saya malu juga bila orang tanya siapa YB anda? Siapa MP anda? Orang mana? saya fikir ramai kawan-kawan pun mengalami apa yang saya alami. Rasa diri ini hina sangat. Bila saya baca blog kawan-kawan dari marudu, hmpir kesemuanya tidak puas hati. Lama sudah perkara ini berleluasa. Rakyat terperangkap dalam dilemma. Gara-gara sayangkan BN dan PBS, terpaksalah rakyat undi calon BN walaupun tidak disukai rakyat. KERJA BUDUH...

YB, apa sudah dibuat untuk rakyat? Sekadar bikin projek supaya duit projek boleh masuk kantung YB dan kawan-kawan YB? Itu bukan pembangunan raakyat namanya. Barangkali PBS sengaja tidak mahu rakyat kota marudu khususnya N5 Tndek maju pemikiran supaya senang diperbodohkan?

Kami golongan muda bosan dan muak sudah dengan sandiawara PBS dan BN ini. Kami tidak akan dapat diperbodohkan dengan isu KWAPM seprti dalam PRU-12 baru-baru ini. Setahu kami, KWAMP itu duit amanah golongan korporat. Bukan duit BN, bukan duit PBS. Jauh sekali duit calon BN! Kasihan rakyaat di bukit-bukit yang kena tipu bulat-bulat! Apa guna ada phd kalau diguna untuk menipu rakyat bodoh? Bangang punya pemegang phd!!!...