Sunday, December 7, 2008

APA SEBAB ANITA BARANTING MENANG DI N5 TANDEK?

Mula-mula masa pencalonan, ramai rakyat kata kalau PBS calonkan Anita Baranting, pasti kalah, tapi kenapa dia menang juga? Di sini saya mau senaraikn sebab musabab mengapa puan Anita itu boleh menang.

1. Bertanding atas tiket BN/PBS. cuba suruh dia tanding atas tiket bebas misalnya. Saya berani bertaruh dia memang kalah punya. Duit deposit akan lalap. Kalau tidak percaya, suruhlah bertanding tiket selain BN pada PRU ke-13.
2. Lawan Anita Baranting tidak kuat partinya. Rakyat N5 Tandek mahu pembangunan. Harapan mereka tinggi demi anak cucu. Mereka ketika itu masih menaruh harapan BN kasi pembangunan. Mereka terpaksa menolak calon yang lebih baik dari Puan Anita kerana mahu pembangunan itu kononnya.
3. Calon pembangkang brcakaran sesama sendiri. Kaadang-kadang calon ini menghentam calon saingan sampai lupa hentam calon BN. Buduh punya kerja!
4. Ada yang bilang calon Bebas iaitu Andy Wilson ditaja oleh orang dalam PBS. Ada penyokong beliau yang cakap begitu. Siapa yang atur semua ini? Mungkinkah Datuk Maximus? Barangkali jugalah sebab dia memang mahu kerusi N5 Tandek kekal dalam gengamannya. Dia berat hati sebenarnya mau kasi lepas kerusi N5 Tandek tapi terpaksa kerana desakan terlalu kuat. Rakyat tidak mahu dia bolot kerusi ADUN 5 dan kerusi P168 sekaligus. Maklumlah Maximus orang luar.
5. Calon pembangkang tiada persiapan kukuh. Jurin Gunsalam misalnya last minit baru balik kampung mau jadi calon PKR. Sudahlah dia terlampau muda, baru abis universiti, tiada pula gerakan yang rapi. Undi 2000 lebih yang dia dapat itu sebenarnya undi protes rakyat kepada BN dan calon BN, bukan kerana calon PKR gurin gunsalam.
6. Rakyat pilih BN ketika itu kerana melihat tidak ada parti pembangkang yang benar-benar boleh diharap menumbangkan BN. Tidak ada parti pembangkang Sabah yang betul-betul "solid". Parti pembangkang dari semenanjung rakyat Sabah tidak boleh terima.
7. Keyakinan rakyat kepada PKR ketika itu sedikit sahaja, kerana sebelum keputusan pilihanraya diumumkan, PKR hanya ada 1 kerusi.
8. Calon BN banyak guna taktik kotor, antaranya menyuruh kakitangan kerajaan berkempen terang-terangan untuk BN sedangkan menurut etika perkhidmatan awam, kakitangan kerajaan tidak boleh terlibat secara terang-terangan dalam sebarang parti politik. Kakitangan kerajaan inilah yang banyak pengaruh kepada orang kampung yang jahil. Kakitangan kerajaan ini pula adalah mereka yang kuat mengampu YB anita dan Dr Maximus untuk melobi jawatan dan projek. Tengok apa jadi selepas pilihanraya, PBS lantik seorang kakitangan kerajaan sebagai PKR. Guru inilh yang kehulu kehilir pujuk rakyat sokong Anita Baranting dan Maximus Ongkili.
9. Datuk Maximus Ongkili salah guna kuasa menyuruh guru-guru besar mempolitikkan bantuan KWMP (KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN). Ramai ibu-bapa kena "ugut" secara halus khususnya di bukit-bukit. Bukit-bukit jadi tumpuan Dtuk Mximus kerana kawasan inilah yang paling lantang membencinya atas isu tanah-tanah yang termasuk dalam konsesi syarikat Begaraya dimana beliau disyaki mempunyai aset di dalamnya. Sepatutnya isu KWAMP tidak boleh dipolitikkan kerana wang itu datang daripada derma atau amanah syarikat-syrikat besar di Malaysia. Bikin malu betul! Mana ada calon lain berani guna KWAMP untuk pancing undi. Rakyat ditipu hidup-hidup. Siapa suruh, tidak tanya guru-guru yang betul-betul arif dengan bantuan KWAMP. Cakap orang politik yang kuat menipu yang didengar.
10. Rakyat jahil dan keliru untuk menumbangkn kuasa individu yang pintar seperti Maximus Ongkili. Cuba tengok pecahan undi. Kawasan tanah rata dan di pekan-pekan, calon Pembangkang dapat banyak undi melebihi calon BN, tapi di bukit-bukit, BN kontrol sebab penakut dan jahil. Sifat inilah yang digunakan oleh Maximus sebaik-baiknya. Pintar betul manusia ini.

Cukuplah sepuluh sebab ini kenapa calon BN menang di N5 Tandek dan P168 Kota Marudu. Tidak payahlah saya tulis pasal "politik wang". Orang ramai dari dulu sudah tahu. Harap rakyat lebih bijak pada PRU ke-13. Harap-harap ada parti baru Sabah yang benar-benar boleh meyakini rakyat Sabah. Tidak perlulah mengimport parti-parti luar. 2x5 sahaja. Mereka itu otak karut. Memperbodohkan rakyat Sabah. Kepada BN, ingat, pilih calon yang betul-betul rakyat suka, jika tidak anda akan gulung tikar.

Rakyat sekalian, celikkan matamu, jangan diperbodohkan lagi. Jika ragu-ragu tentang sesuatu isu, sila tanya anak-anakmu yang ada sekolah. Jangan dengar cakap orang politik yang banyak bohong dari betul!

13 comments:

Lt Kdr (M) Musli Bin Jaffar said...

Salam perkenalan bro... Satu pendekatan yang cukup berani.. Suara mu berdasarkan fakta dan ilmiah... Cukup bagus.. Tambahkan post.. Bro baru bermula mengaktifkan diri dalam dunia blog ni kan.. Tapi saya kin pemikiran bro lebih kehadapan berbanding usia blog bro.. Semakin ramai blogger dari KM dari semasa kesemasa. Kesedaran demi kesedaran timbul di minda masarakat Bandau@KM... Semoga maju jaya bro....

Murai Jantan said...

ya, semoga maju jaya kita semua...

BUNG ADI said...

hmm...memang berani. Harap2 ada kebenaran apa yang ditulis.

Lebon Botong said...

berani kerana benar .... teruskan

MUFAKIRALAM said...

ya...berkata benar memerlukan keberanian dan keikhlasan. Kalau ada dua ini, andalah sangberani!!!

TASUTOKOW said...

kalau perlu dibantu, saya bantu salak dan gigit-gigit penjahat-penjahat itu.

Carl S. Adun said...

kadus...

Carl S. Adun said...

Quite provocative...We have heard such criticism of having our representative (both state lagislative & parlimentary) elected from outside of our "cocoon" for ages (Or should I say - "he" was actually being chosen legally via the ballot by our own local electorals..). As a matter of fact,this cry has long been the central essence and issue revolving around our people's mind - particularly among the so-called new generation /aspirants /young political enthusiasts.

Just put it this way, we are actually have got quite aplenty of educated (undeniable of course..)credible,charismatic,and accountable (if we could find one...)aspirants; whom we could capitalize their quality of leadership and talent to lead and develop our people...But something has gone wrong somewhere..the scenario is evident that we (our generation) thus far still do not have the common and shared political ideology and beliefs - in principle we are in fact moving towards the homogeneous aim and goals - that is to help our people to move foward & to be on the same par with other developed states in the Peninsula.

Several known reasons are that, there are several of our "talented aspirants" feel that they are being ignored - their ideas & idealisme are not being given due attention by the political party that they are really "loved" to be in -this syndrome of "longing to be pampered" has subsequently created a segmentation of our political ideology and beliefs. The "compartmentalization" of our young generation's political ideology & beliefs would someday might be incurable and we may have to pay the severe price..and we may still be "prompted" by the "outsider"...It's good to have encountered this blog.

Sincerely,
Carl Martin Albert S. Adun
Kg. Papar
Tambunan

Raja Mogudan said...

saya amat heranlah masyarakat di Tandek nie cakap saja besar tapi tindakan KOSONG!

NONG said...

Kalau peluang kita ditutup why not kita diam?

Kopungit Gawir said...

seronok membaca komen dipadukan dengan pelbagai isu menarik dan agak boleh diterima.. tapi saya juga terfikir.. apa sebab kita bising gulana menyalak bukit tapi sendiri kita jarang-jarang/ tiada memberi sumbangan.. at least diorang ni ada juga benda yang telah dibuat. :)

zie said...

kota marudu atau bandau today atau next day tetap sama tiada perubahan yang membanggakan kecuali para pemimpin kita bersikap pandang kedepan...

zie said...

berkenaan kepada pejual rokok dkaki lima saya andaikan mereka tu org asing yang tidak berdokumen pun berniaga kebal pula tu..Jangan sampai semua peluang dkm d monopoli oleh orang asing.