Saturday, December 20, 2008

HANYA PARTI SABAHAN YANG BOLEH TUKAR KERAJAAN SABAH

Tinjauan mendapati rakyat sabah mau tukar kerajaan (pemimpin) tapi masih menunggu parti yang lahir di Sabah. Kajian juga mendapati pengaruh Pakatan Rkyat memang semakin kuat tapi tidak akan cukup kuat untuk menumbangkan BN Sabah. Banyak kelemahan dalam jentera PKR Sabah. Saya tidaklah jelaskan kelemahan itu kerana saya tidak setuju Pakatan Rakyat masuk Sabah sebagaimana saya tidak setuju mana-mana parti luar ikut campur dan kemudiannya "remote" negeri ini. Sebagai pengundi, sekiranya ada parti kelahiran Sabah yang kukuh dan jelas visi mis perjuangannya dan dipimpin pula oleh insan yang boleh disandarkan harapan, SAYA PASTI UNDI. Selagi belum ada lebih baik saya KEKAL DALAM BN SABAH. Tapi kalau BN Sabah masih tampilkan calon yang tidak membawa makna kepada BANDAU , saya akan fikir semula keputusan ini. ANDA BAGAIMANA???

17 comments:

Lt Kdr (M) Musli Bin Jaffar said...

Bagi saya, semua parti sebenarnya baik.. Baik dari segi misi dan visinya.. Iaitu tidak lari dari membela nasib rakyat.. Yang tak baiknya adalah orang dalam parti itu sendiri.. Yang tidak baiknya juga adalah fitnah orang yang membuatkan kita tidak suka pada sesuatu parti itu.. Saya sokong pandangan sdr sekiranya parti sabahan itu mampu mentadbir sabah lebih baik dari apa yang ada sekarang.. Yalah...siapa tidak mahu perubahan... Kalau pun ada/wujud satu parti sabahan, belum tentu orang yang memimpinnya/pemimpin parti sabahan itu sanggup berkorban untuk rakyat sabahan..

Saya juga percaya bahawa orang tempatan lagi afdal mentadbir kawasannya sendiri.. Saya juga percaya apa bila kita ditadbir oleh orang dari kawasan lain samalah macam kita dijajah orang orang asing...

Namun begitu, saya juga percaya bahawa kita rakyat Malaysia harus bersatu hati berganding bahu dalam memajukan Malaysia.. Malaysia boleh...Sabah Boleh... Realitinya Sabah sekarang ini masih di tingkat teratas dari segi kadar kemiskinannya... walhal Sabah kaya hasil bumi.....

Ikhlas
Pro dan Kontra dari saya...
Hidup Sabahan...

BUNG ADI said...

banyak perkara perlu diusai dari satu generasi ke satu generasi pemimpin. pemimpin sekarang tentunya berusaha. pemimpin akan datang terus berusah. begitulah seterusnya.

Lebon Botong said...

salam.. butul juga tu hanya parti sabah buli tukar kerajaan sabah. sejarah tukar2 parti sabah no 1 tapi indada panjang umur mcm d swk .. kenapa ? mari kta buat kajian..

Jurin Gunsalam said...

Saya bersetuju dengan pandangan saudara. Tetapi harus direnungkan kembali, sejarah politik sabah tidak boleh disamakan dengan mana2 negeri yang lain di Malaysia. Untuk menukarkan sesebuah kerajaan, ianya harus dilakukan dengan pengorbanan tenaga, wang ringgit, malah dengan nyawa sekalipun. Di Sabah, hanya sebuah parti politik yang pernah melakukan 'tsunami politik' iaitu PBS pada tahun 1985 ketika menumbangkan parti yang dianggap keramat iaitu BERJAYA. Dan selepas itu PBS memerintah selama 9 tahun (1985-1994) dengan aman dan damai. Tiba2 datang sang UMNO dari Semenanjung, PBS yang gah nampaknya terpaksa menyerah kalah apabila seluruh kekuatan politik UMNO menggunakan wang dan pengaruh "100 hari Sabah Kaya". Oppss..
Saya sambung kemudian dilaman blog saya:
www.juringunsalam.com

Little Mike (LM) said...

hanya orang kita untuk bumi kita...

Carl S. Adun said...

Quite provocative...We have heard such criticism of having our representative (both state lagislative & parlimentary) elected from outside of our "cocoon" for ages (Or should I say - "he" was actually being chosen legally via the ballot by our own local electorals..). As a matter of fact,this cry has long been the central essence and issue revolving around our people's mind - particularly among the so-called new generation /aspirants /young political enthusiasts.

Just put it this way, we are actually have got quite aplenty of educated (undeniable of course..)credible,charismatic,and accountable (if we could find one...)aspirants; whom we could capitalize their quality of leadership and talent to lead and develop our people...But something has gone wrong somewhere..the scenario is evident that we (our generation) thus far still do not have the common and shared political ideology and beliefs - in principle we are in fact moving towards the homogeneous aim and goals - that is to help our people to move foward & to be on the same par with other developed states in the Peninsula.

Several known reasons are that, there are several of our "talented aspirants" feel that they are being ignored - their ideas & idealisme are not being given due attention by the political party that they are really "loved" to be in -this syndrome of "longing to be pampered" has subsequently created a segmentation of our political ideology and beliefs. The "compartmentalization" of our young generation's political ideology & beliefs would someday might be incurable and we may have to pay the severe price..and we may still be "prompted" by the "outsider"...It's good to have encountered this blog.

Sincerely,
Carl Martin Albert S. Adun
Kg. Papar
Tambunan

Carl S. Adun said...

Yaa...you're absolutely correct Mr. Murai Jantan - We should have learnt from the history & our past experience of how we have been heavily exploited and manipulated out of our naiveness.

Our openess to welcome our "saudara-saudara / rakan2" or shall I say our sometime "welcome" & somertime "unwelcome" guests from across the South China Sea has on the other way round helped to futher strengthen "their" influence and dominion over "us". And of course their "SUPREMACY" as well.

Nevertheless, as far as what I've witnessed thus far,we're actually enjoying the political stability and economic development under the Barisan Nasional -ONLY THAT, in certain parts of our Sabah region, the deployment & distribution of the wealth "cake" is not implemented in a good ratio - as for Tandek, we're still being classified among the most severly poverty-stricken district in Malaysia (Hellooo YB...anybody home???). Well..this is quite justifiable..just go around especially the "BUKIT-BUKIT" side (remote areas of Tandek)...thus far how fast the development pace is??? Given the scale from 1 to 10, how do guys rate the elements???

Anyway I will not proceed..talked too much already...In a nut shell...if we WERE to ACCEPT the PKR to be in our beloved state - things will be the same again (over & over again)...we are only pointing our compass bearing again to the same direction..at the end of the day...trust me..we may still not enjoying our so much awaited "autonomous power"..think of it..

P/s
I intentionally pasted this comment which I've extracted from the comment that I've given to Mr. Murai Jantan ealier on.
Sincerely,

Carl Martin Albert S. Adun @ Mart
Kg. Longob,
Tandek

Carl S. Adun said...

To Dr.Jurin Gunsalam...

Your idealism is obvious, but it is only the pathway that you have chosen that have made it like a spiraling & winding road...why not you just come back to Barisan Nasional..join the club like Sanguru (Mr. Androd) & others, and me as well (PBS) - many heads in one booth would be better than ONE...I know it is not my right to be judgmental upon you as this is a DEMOCRATIC COUNTRY (is it???)..you have your legal right stated in the Federal Constitution...under what clause..i forgot already...

I know your Dad / father very well when I was still residing in Kg. Longob Tandek - we used to meet occasionally at the PBS Divisional office - and he always encouraged me to go further - and he used to mentioned about you as well, but we yet to know with one another.

I used to hear you name as well during my student's days at UMKL.
Nonetheless..you are in an appropriate envitonment like Sanguru - down to earth with the grassroot...ba macam mana join BN la..

Sincerely,

Carl Martin Albert S. Adun @ Mart
Kg. Papar,
Tambunan.

BUNG ADI said...

seumpama enjin kereta...sebaik2ya guna part jenama serupa. Honda-honda, suzuki-suzuki...etc. Boleh jg pakai parts lain-lain jenama tapi itu bukan kerja orang yang mengerti...

IsOn said...

Boleh tahan ideologi kau ni bos. Cuma saya lebih suka kalau kau dedahkan identiti dengan jelas supaya keberanian suara dalam blog ini benar2 terserlah. Kalau tidak, nanti orang akan cakap lempar batu sembunyi tangan pula.

To me, unless the existing Sabahan parties unite again under one party, all other effort will be useless and heading to dead end road.

I heard some people say that based on history, we need a new party to topple the current governing party/coalition, but I think most Sabahan now are already fed up with new emerging party. History is important to learn the past, but we can't live with history. The people of Sabah have changed since the last 3 decades.

We need some preseverence now, not creating something new which cannot last long. Sabahan come to realize now that the party itself is not the problem, but who lead the party; what he/she have done or able to do for the people of Sabah are much more important. If what I'm saying is not true why Bersekutu hasn't won the last election; it's a new party.

Don't talk about outsiders; nama it BN component or the opposition. UMNO has brought some development to Sabah, no doubt, but it has destroyed our dignity and inter-racial unity. PKR entrance make thing even worst. Sabah just become 'gelangang' for them to fight each other. The once strong Sabahan party broke into small weak parties. And as a result of all these, we, the indigenous people of Sabah, become slaves in our own land. Poor we are.

BUNG ADI said...

setuju oku dikaw oi Dr (Nelson). Baru tak semestinya menang. Hal ini sudah acapkali saya tulis dalam entri saya dalam blog. setakat BARU, jangan harap menang kalau gagal MEMENANGI jiwa rakyat. BARU + MEYAKINKAN = MENANG. Ini bukan cakap2 saya. Ini maklumat risikan menyeluruh. - Cikgu Androd, Pengerusi Gabungan NGO Sabah. (Maaf kalau cakap kasar. Maf jua kerana saya berkata benar...)

Hompintar said...

Wah! Isu yang baik untuk dibincangkan dengan hati yang terbuka!

Pada Pendapat saya, bukan soal parti atau individu itu sendiri tetapi bagimana respond diri kita sendiri!

Parti dan individu yang terbaik sekalipun kalau respond kita salah, tetap keputusannya salah.

Sebaliknya yang berlaku adalah benar! Dalam soal parti, pada hemat saya, Sabah seperti yang kita ketahui berada dalam Malaysia yang ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan. Manakala Negeri SAbah ditadbir oleh Kerajaan Negeri.

Ini bermaksud, kerajaan negeri akan berkerjasama dengan kerajaan persekutuan Pusat untuk mengurus melaksanakan apa saja yang berkaitan dengan Sabah seperti ekonomi, politik, sosial, budaya dan sebagainya.

Oleh itu, jika kita mahu berubah dengan menukar kerajaan Negeri sekarang ini, ini masih lagi cabaran besar buat kita untuk menegakkan parti kenegerian kerana parti kenegerian tidak boleh buat apa-apa!

Ianya seperti apa yang berlaku semasa zaman pemerintahan PBS dahulu la. Kalau boleh berfungsi pun tapi amat besar cabaranya kerana tekanan dari pihak pusat. Itu sebabnya wujudnya Perkhidmatan Awam Persekutuan di Sabah yang mana diakui "job description" adalah bertindih dengan kerajaan NEgeri. Ini bertujuan agar pusat dapat memajukan negeri dengan pembangunan di mata rakyat dan kerajaan negeri tidak!

Jadi bagaimana kerajaan negeri berkeupayaan membangunkan negeri sendiri? Dengan menguasai kerajaan pusat dan negeri sahajalah baru kita dapat dibangunkan dengan lebih baik.

Tetapi persoalannya bila parti dari Sabah akan mengambilahli pentadbiran pusat? Jika kita imbas, parti yang terkuat di Sabah pun iaitu PBS pada masa yang lalu yang cuba mengembangkan sayapnya dengan bertanding di Semenanjung seperti di Pulau Pinang pada 90'an dan beberapa negeri lagi tetapi mengalami kekalahan teruk.

Oleh itu, kita memerlukan rakan parti dari Semananjung untuk sama-sama berdiri sama tinggi, duduk sama rendah untuk sama-sama memperjuangkan hak-hak kita di negeri Sabah. Umum mengetahui bahawa, kita tidak dilahirkan bersendirian atau hidup bersendirian. Kita saling memerlukan satu sama lain.

Oleh itu, parti kenegerian pada pendapat saya bukannya tidak boleh berdiri tetapi kena ada rakan seperjuangan dari semenanjung.

Begitu juga soal pembangunan! Pembangunan ini adalah kemudahan asas dan keperluan terpenting sesebuah tamadun! Oleh itu, pembangunan bukanlah isu dalam politik tetapi merupakan kewajiban pemerintah untuk memberi pembangunan!

Mana-mana pemerintah yang lalai, alfa, membelakangkan ataupun memang tidak memberi pembangunan patut ditolak dan diganti dengan pemerintah baru. Saya percaya, mana-mana pemerintah pun baik yang lama atau yang baru pasti akan memberikan pembangunan. Cuma persoalannya ialah bagaimana perlaksanaan? Apakah daripada 100% daripada budget pembangunan untuk rakyat dapat di laksanakan atau sebaliknya?

Cuma yang menjadi persoalannya adalah bagaimana mengubah minda bangsa kita agar bukan seperti materialistik tetapi memandang kepada masa depan. Bukan bangsa yang penakut tetapi gagah berani seperti Mat Salleh. Bukan tujuan saya untuk mewujudkan provaksi tetapi sebaliknya ingin membangkitkan minda yang sudah lama tidur lena.

Kita pula yang bijak pandai saling menuding antara satu sama yang lain tanpa mencari "blue print" yang terbaik untuk kepentingan bangsa dan negara kita!

JGunsalam
www.jgunsalam.blogspot.com

Junid Bin Gunsalam said...

bagus komen saudara,

ya memang benar bahawa bukan parti yang menentukan maju mundur sesebuah negara. saudara juga menyatakan bahawa khusus negeri Sabah kita mesti memerlukan rakan parti di semenanjung untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi untuk membolehkan negeri Sabah membangun. saya tidak setuju dengan hujah ini. ini disebabkan parti mana pun yang memerintah negara dan negeri sabah, yang menjadi kaya adalah pemimpin politik atasan dan kroni-kroni mereka termasuklah ADUN serta Ahli Parlimennya. mereka ini lah yang mencaturkan ekonomi, budaya, sosial dan bangsa kita. Di kesempatan mereka memerintah mereka berusaha memajukan diri sendiri, bangsa sendiri, tempat sendiri dan sebagainya. bagi kita yang di kampung-kampung dan tidak berkaitan dengannya tetap seperti yang dulu. biasalah ada juga lah pembangunan di kawasan masing2 yang diperuntukkan kepada ADUN2 dan Ahli Parlimen. dan peruntukan ini memang ada diberikan siapa pun parti pemerintah.

pendapat saya, maju mandur sesebuah bangsa atau negeri bukan terletak di tangan parti politik. apa yang penting, untuk memajukan negeri, kita harus mendesak dan berbincang kepada pemerintah yang ada untuk mengambil perhatian sewajarnya masalah pembangunan dan hak rakyat dengan strategi tertentu. rakyat kita mesti harus mempunyai kesedaran untuk berubah maju. selain itu, para pemimpin di peringkat akar umbi harus juga menukar minda mereka untuk maju. mereka harus bijak berurusan dengan kerajaan untuk membangun tempat masing-masing.pembangunan tidak datang bergolek sendiri tanpa diusahakan. kita juga harus pandai mengambil hati kepada pemimpin2 yang sedia ada.

kesimpulannya, bukan parti politik yang menentukan maju mundur sesebuah negeri. apa yang tepenting sekali, parti pemerintah sekarang iaitu BN kekalkan demi pembangunan bersama. jika ada kesilapan dalam pentadbiran kita sama2 memberi petunjuk dan cadangan penambahbaikan melalui strategi tertentu.

dari http://n5tandek.blogspot.com/

Raja Mogudan said...

I hate BN - Barisan Najis, Sabah For Sabahan hidup KIMARAGANG!

kopitumbuk said...

Saya setuju dengan kata Lt M Musli Bin Jaffar (PSSTUDM). Kita mesti bersatu hati untuk memajukan diri, bangsa dan masyarakat.

JOEY GONDOU said...

Nanti PRU akan datang, saya cadang kau jadi calonlah tuan. Calon bebaspun buli bah. Kita logot-logot kasi kuat akar umbi kita dari sekarang. Apa macam?

kimaragang tulin said...

aku hairan si junid hentam UMNO, pada hal sama-sama juga Bn. Dalam artikel lain berapi-api pula dia menyokong pemimpin UMNO.

Bodoh punya pemimpin. kalau macam nila pemimpin, tiada gunala...